Pages

Friday 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

                      
Bagi anda yang menyambut Aidiladha, saya bagi pihak KunciKekayaan.blogspot.com mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha. Berhati-hati di jalanraya, ingatlah orang tersayang.

Salam Kekayaan! Jumpa lagi di post akan datang!


Friday 28 October 2011

5 Langkah Rahsia Buat Duit Di Internet


Masih ramai yang bertanya saya apakah rahsia terunggul untuk buat duit diinternet? Ini soalan yang biasa saya dengar dan saya tahu mengapa masih ramai tak faham konsep bisnes internet. Ramai yang menyangka bisnes internet ini satu pelaburan skim cepat kaya. Anda labur RM1000 dan jadi jutawan bulan depan tanpa perlu buat apa-apa.

Itu semua mengarut dan bukan caranya.Tetapi ada satu rahsia hebat yang tidak akan gagal dan telah lahirkan ramai jutawan!Jika anda tahu rahsia ini, anda boleh buat duit diinternet!

Bukan RM50 atau RM1000 bahkan RM1,000,000! Ya! SATU JUTA RINGGIT dibank. Partner Saya (Mohd Nizam) sendiri telah lakukannya.

Saya tahu anda tidak sabar untuk dapatkan rahsia ini. OK, saya akan beritahu anda.Untuk buat duit diinternet atau jadi kaya..
 
                                      "Anda Mesti Jual Produk!"

Nampak mudah tapi adakah anda menjual sesuatu diinternet? Jika belum inilah masanya untuk anda mulakan.

Ini 5 cara buat duit diinternet yang kami gunakan untuk buat duit macam air...

1. Cari produk yang laris.
2. Buat 'squeeze page' - web yang menyedut
    nama dan email. (Cth : RahsiaIbuDuit.com)
3. Bawa pelawat ke squeeze page anda.
4. Jual produk anda!
5. Buat follow up!

Buat 5 langkah diatas dan impian jutawan dalam genggaman anda!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang pasti akan mengubah hidup anda.

Demi Kejayaan Anda,

Co-Founder
www.RahsiaIbuDuit.com
(formerly known as FLB Pro)

PS: Saudara, tahukah anda masalah #1 buat duit diinternet??

TRAFFIK !!! (atau pelawat ke web anda!)

Walaupun anda mempunyai laman web yang terhebat didunia tetapi jika tiada siapa yang datang melawat, tentunya ianya sia-sia sahaja.

0 Trafik, Duit= KOSONG (Habuk pun tarak) 

Berita baik, sebagai ahli RahsiaIbuDuit.com atau FLB Pro saya akan dedahkan beberapa teknik membawa trafik yang paling berkesan sehingga saya mampu mengumpul 350,000 list dan fulus dibank!

Hanya ikut teknik saya dan wang pasti masuk, satu-satunya sistem buat duit paling mudah pernah anda jumpa.

Jika anda masih tertanya-tanya apa itu RahsiaIbuDuit? Pencarian anda berakhir disini!

>> http://RahsiaIbuDuit.com/

PPS: Dari Fadzil, Ampang...

"FLB Pro adalah satu sistem genius yang mampumenambah pendapatan pasif saya. Tidak perlu berjumpa orang, dan saya hanya menjalankannya secara part time sahaja. Bukan SCAM yang didakwa oleh sesetengah orang yang tidak percaya malahan tidak mahu mencuba formula yang sungguh luar biasa
ini. Dengan modal 3 angka, saya telah mendapat RM2200 dan mampu menjana 4 malah 5 angka pendapatan.

Terima kasih Nizam, you are the best!!!"

Tuesday 25 October 2011

Teknik Buat Duit Melalui Facebook

Saya pasti topik kali ini memang dinantikan oleh anda. Facebook atau nama manjanya FB kini sudah menjadi satu trend atau lifestyle. Dari kanak-kanak seusia 4 tahun sehingga ke atuk nenek semuanya ada akaun FB masing-masing. Betul tak?

Buat Duit Dengan Facebook Cara Senang!

Dengan meledaknya laman web sosial seperti Facebook, ramai usahawan dan peniaga bertanya soalan cepu emas “Bagaimana buat duit dengan  facebook?”. Dengan jutaan orang diseluruh dunia membuka dan melihat akaun facebook mereka setiap hari, dan dengan jumlah orang yang begitu padat sudah tentu ada cara untuk buat duit dengan facebook bukan?

Apabila anda membuat keputusan bahawa Facebook adalah salah satu strategi utama untuk anda memasarkan perniagaan, prinsip utama perniagaan yang perlu kita ketahui ialah orang biasanya lebih suka membeli dengan orang yang mereka tahu, suka dan percaya. Keduanya mereka yang melawat facebook adalah orang yang mahu bersosial dan tidak suka membeli membuta tuli. Anda perlukan strategi untuk menjual kepada warga facebook.

Dibawah ini dibongkarkan 6 rahsia buat duit dengan facebook yang ramai orang tidak tahu:

1) Gambar Profile Anda – Pastikan gambar photo anda kelihatan profesional dengan cahaya yang terang dan jelas. Pastikan pakaian anda bersesuaian dengan bisnes yang anda jalankan. Gambar yang selekeh akan menjejaskan imej bisnes anda.

2) Tambahkan kawan di network anda - Anda perlu menambahkan kawan secara konsisten. Caranya ialah dengan pastikan bahawa mereka berminat dengan apa yang anda tawarkan. Jika anda menjual tudung, pastikan kawan-kawan anda berminat dengan fesyen tudung anda. Facebook agak tegas dengan berapa ramai orang yang boleh anda tambah sehari. Untuk selamat, pastikan tidak lebih daripada 20 orang sehari.

3) Sertai dan Berinteraksi dalam group – Sertai gruop facebook dan berkomunikasi dengan ahli di dalamnya. Pastikan gruop anda bersesuaian dengan produk anda. Berikan sesuatu yang bernilai seperti maklumat khusus kepada mereka dengan percuma. Ini akan menjadikan anda sebagai pakar dan mudah untuk menjual.

4) Kemaskini status – Status terkini akan menjadi senjata penting bahawa anda memberikan sesuatu kepada network anda. Berikan link kepada artikel atau video yang boleh menolong prospek anda menyelesaikan masalah mereka. Apabila mereka melihat anda bersungguh-sungguh memberikan sesuatu yang berharga sudah pasti tiada halangan untuk mereka membeli produk anda kelak.

5) Cipta Fan Page – Ianya cukup mudah. Disini anda boleh menawarkan maklumat tentang bisnes anda. Cuba untuk tidak menjual terus, tetapi berikan maklumat bernilai untuk pelawat sebanyak mungkin. Agak malang jika pelawat yang tiba di Fan Page anda penuh dengan link jualan dan maklumat yang tidak sesuai.

Jadi mahu buat duit dengan facebook, ianya menjadi lebih mudah jika anda laksanakan 5 rahsia diatas. Sahabat saya menjana tidak  kurang RM100 sehari dengan menjual tudung ekslusifnya dif acebook. Dengan gambar tudung yang menarik dan harga yang berpatutan, sahabat saya tidak susah untuk menjual produknya difacebook.

Sekarang anda tahu rahsia terpendam rahsia buat duit dengan facebook. Untuk rahsia ke-6..opps! Ini rahsia besar dan hanya diberitahu kepada sesetengah orang sahaja. Jika anda inginkan maklumat lanjut  mengenai rahsia ke-6 ini dan bagaimana anda mampu buat duit RM100 sehari dengan facebook sila klik disini.

Jumpa lagi di post akan datang,dan kepada anda yang meraikan Deepavali, Selamat Menyambut Deepavali & Selamat Bercuti saya ucapkan. Salam Kejayaan dari saya.

Tuesday 18 October 2011

5 TOP Perniagaan Internet Menguntungkan

Salam Sejahtera Sahabat Yang Dikasihi. Semalam saya ketemu seorang rakan lama semenjak zaman sekolah. Hampir 10 tahun tak jumpa memang banyak yang dibualkan. 3 Jam la jugak lepak kat Papa Rich sambil menikmati kopi.

Pelbagai topik dibualkan dari zaman sekolah sampai la kepada bab Buat Duit. Kawan saya si Z ni boleh tahan juga. Ye la, seorang pegawai tinggi kerajaan. Tengokkan style memang loaded juga dengan kemeja belang biru siap dengan tali leher. Kereta pun boleh tahan HONDA Stream!Saya agak gajinya pun paling kurang RM 5k sebulan.

Sembang punya sembang rupanya Z ni hidup mewah bukan sebab gajinya tetapi dia beritahu saya Perniagaan Internet telah merubah hidupnya 360 darjah! Kalau harapkan gaji, tolak itu ini hujung bulan dalam bank ada la RM100-200. Nak tunggu gaji masuk punya la ikat perut!

Wow! Gaji RM 5k sebulan pun ikat perut, inikan pula kalau anda yang gajinya tak sampai RM 2,000. Berbalik kepada kisah Perniagaan Internet yang telah diceburinya sejak 2007, Z kata dia sekarang bulan-bulan RM 5-7k dalam tangan hanya dari 1 website sahaja.Itu belum masuk duit gajinya, total lebih RM 10,000 sebulan, WOW!

Saya minta kebenaran Z untuk kongsikan rahsia Perniagaan Internetnya, tetapi beliau agak keberatan kerana mahu low profile katanya. Jadi untuk tidak menghampakannya saya biarlah ia kekal menjadi Rahsia..Hehe! Jangan risau, saya bukanlah seperti Z. Saya lebih suka berkongsi "RAHSIA" saya yang turut menjana Income Lumayan hanya melalui Internet. Jadi hari ini sebagai permulaan saya kongsikan sedikit info mengenai Perniagaan Internet.

Setiap hari semakin ramai orang yang cuba untuk mempelajari teknik perniagaan internet dan seterusnya buat duit dengan cepat. Ramai yang mula sedar bekerja makan gaji selama 40 jam seminggu untuk 40 tahun yang akan datang sungguh meletihkan!

Oleh itu dibawah ini saya berikan sedikit idea tentang 5 perniagaan internet yang paling lumayan dan akan terus berkembang. Jika anda masih lagi tercari-cari apakah perniagaan internet yang terbaik buat masa ini,
saya bongkarkan dibawah 5 perniagaan internet yang paling menguntungkan!

Perniagaan Internet #5 – Google Adsense

Google menjana pendapatan jutaan dollar melalui perniagaan iklan yang dipanggil adwords.

Iklan-iklan adwords ini boleh anda dapati di sebelah atas dan kanan setiap kali anda membuat carian di google.

Google juga menawarkan kepada kita untuk berkongsi pendapatan iklan ini dimana anda boleh menyiarkan iklan-iklan adwords ini diweb anda dan program ini dipanggil google adsense. Katakan dalam sehari 100 orang telah klik iklan adsense anda dan setiap klik anda dibayar 20 sen, bermakna sehari anda telah mendapat 100×0.20 = RM20. Dalam masa sebulan anda boleh menjana antara RM500-RM1000 dengan adsense ini. Jangan terperanjat jika ada iklan adsense yang mencecah sehingga RM100 perklik!

2 cara untuk memaparkan iklan adsense ini ialah melalui blog atau forum. Anda boleh membuat blog-blog yang menghiburkan, kelakar atau informatif. Ini akan membuatkan pelawat untuk datang selalu ke blog atau forum anda dan menghabiskan masa disana dan siapa tahu ramai yang akan klik iklan adsense anda nanti.

Perniagaan Internet #4 – Buat ebook

Tahukah anda seorang nenek, Margie yang menulis ebook tentang penyakit arthritis(sendi) yang hidapinya dan menjadi jutawan segera. Beliau menjual ebook tentang cara beliau menyembuhkan penyakit tersebut dengan harga $40 sebuah dan terjual lebih 210,000 download!  (Peh.. lebih RM8.4 juta daripada sebuah ebook!!)

Perlu diingat anda perlu menulis sesuatu ebook yang mampu menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh orang lain dan mereka sanggup membayarnya. Antara topik hangat ebook yang mendapat sambutan diinternet ialah teknik temuduga, buat duit, pemasaran internet kuruskan badan,dan banyak lagi.

Perniagaan Internet #3 – Ebay

Bagi mereka yang sudah lama melayari internet tentu ebay sudah tidak asing lagi. Walaupun ianya agak lama, masih ramai yang menjalankan perniagaan internet melalui ebay dan mendatangkan pulangan yang lumayan. Konsep perniagaan ebay agak mudah,  anda beli barang murah dan jual dengan harga untung. Cara termudah untuk anda memulakan bisnes ebay ialah dengan melihat disekeliling rumah anda. Sudah tentu ada barang yang tidak diperlukan tetapi masih elok, dan ini boleh mendatangkan duit diEbay.

Contohnya jual barang terpakai, hadiah perkahwinan yang tak digunakan, buku-buku lama,barangan sukan lama, jam tangan lama, pakaian, perfume dan juga barang yang besar seperti kereta antik dan sebagainya. Untuk melariskan jualan, saya sarankan anda berikan penghantaran percuma kerana ini boleh meningkatkan jualan.

Jangan terkejut apabila saya beritahu komik “Superman 1938? telah dijual diebay dengan harga RM3,000,000 (RM3 juta!) wow!!

Perniagaan Internet #2 – Youtube

Youtube adalah laman web ketiga paling ramai pengunjung selepas facebook dan google. Ideanya disini ialah anda boleh gunakan pengunjung youtube untuk melawat blog atau website. Sudah tentu trafik daripada youtube memang ramai dan yang penting sekali ianya percuma!

Pastikan sebelum anda membuat sesuatu video, siapkan blog atau web dahulu. Dalam video anda boleh letakan link blog anda. Jika video anda menarik dan unik, ramai yang akan klik  link dibawah video dan terus ke blog anda. Diblog anda boleh gunakan google adsense untuk buat duit atau membina list untuk produk anda.

Perniagaan Internet #1 – Aplikasi Iphone

Jangan panik apabila saya katakan membina aplikasi iphone boleh menjadikan anda jutawan segera. Video game Angry Birds menjana lebih RM30 Juta dalam masa setahun. Dan game Doodle Jump pula menjana RM36 Juta dalam tempoh yang sama dengan lebih 28,000 download sehari.

Cara termudah untuk membuat aplikasi iphone ialah dengan mengupah orang lain membuatnya di o-desk atau elance. Anda buatkan satu visual game tersebut dengan powerpoint dan programmer boleh menciptanya untuk anda dengan bayaran minima.

Siapa tahu aplikasi iphone anda bakal meletop seluruh dunia. Yang penting anda perlukan sedikit kreativiti dan mereka di elance akan jadikan ianya realiti.

Jika anda mahukan jalan pintas perniagaan internet paling mudah sila klik disini.

Jika anda rasa artikel yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk orang lain, anda boleh kongsikan dengan mereka juga di laman sosial seperti Facebook & Twitter dengan hanya klik di menu bar dibawah.

Monday 17 October 2011

5 Cara Berkesan Buat Duit Online Dibongkar!

Disini saya senaraikan 5 senarai utama rahsia buat duit online yang menjadi kegemaran saya dan agak mudah untuk sesiapa juga yang baru cuba-cuba
untuk buat duit online.

#1: Buat Duit Sebagai Pengedar (Affiliate)
Teknik ini merupakan cara tercepat untuk buat duit secara online. Anda hanya perlu berdaftar dengan produk yang anda mahu promosikan dan anda boleh menjana komisen lumayan daripada setiap jualan yang dibuat. Jika anda mula membina list, anda boleh memasarkan produk-produk kepada list anda setiap seminggu sekali.

#2: Buat Duit Dengan Blog
Buat duit dengan blog kini semakin mendapat perhatian kerana banyak cara boleh kita buat duit dengan teknik ini. Antaranya ialah membuat review sesuatu produk dan meletakkan link pengedar dalam review tersebut. Anda juga boleh menjual iklan banner diblog yang mendapat traffik yang bagus setiap bulan. Blog-blog artis dan selebriti kini menjual iklan dengan begitu banyak sehingga ada yang mendapat RM10,000 sebulan.

#3: Buat Duit Dengan Menjual Ebook
Jangan terperanjat menjual ebook boleh menjadikan sesorang jutawan segera. Jika anda lihat pelbagai topik ebook yang boleh kita lihat apabila anda membuat carian di google atau yahoo. Antara topik yang mendapat sambutan hangat ialah cara buat duit,kuruskan badan, dan mencari kerja kerajaan. Cara terbaik untuk membuat ebook sendiri ialah melihat ebook apa yang mendapat sambutan dan cipta produk yang lebih baik dan berkualiti.

#4: Buat Duit Dengan Clickbank
Pelbagai topik produk boleh anda temui di clickbank dan anda boleh menjadi pengedar produk-produk tersebut dan menjana komisen lumayan setiap bulan. Cara terbaik ialah dengan membina list terlebih dahulu untuk sesuatu niche dan pasarkan produk mengikut masa tertentu. Beri keutamaan untuk produk yang mempunyai ulangan pembelian setiap bulan (memberships) kerana anda buat jualan sekali dan mendapat keuntungan setiap bulan.

#5: Buat Duit Dengan Produk Offline
Produk offline disini bermaksud produk yang perlu ada dipasaran yang boleh kita poskan kepada pelanggan. Banyak produk yang kini boleh dijual dengan membuat satu blog percuma dan buat ringkasan terbaik tentang sesuatu produk. Antara produk yang mendapat sambutan hangat ialah menjual tudung bawal, baju jenama kanak-kanak, kasut crocs dan banyak lagi. Pastikan produk anda dijamin berkualiti dan bukan tiruan untuk mengelakkan sebarang masalah hakcipta.

Secara kesimpulannya, 5 teknik buat duit online diatas adalah yang paling mudah untuk dimulakan. Kosnya juga agak murah dan anda boleh mulakan dengan cepat dan buat duit esok hari.

Sunday 16 October 2011

Bebas Hutang : 10 Teknik Bebas Hutang Eksklusif!

Teknik Bebas Hutang Yang Ramai Orang Tidak Tahu Dibongkar!

Hutang kini menjadi satu penyakit berjangkit yang paling bahaya dalam masyarakat kita. Kerana hutang ramai yang hidup dalam tekanan, berserabut dan paling teruk ramai yang muflis kerananya.

Menurut kajian, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion). Pehh!!


Bebas Hutang – Rahsianya??

Berita baik sekarang saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa  beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang terbaik kepada anda ;).

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah bebas hutang yang berikut. Dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai jika anda benar-benar komited untuk menyelesaikan segala hutang kad kredit, rumah, peralatan rumah dan sebagainya.

10 Langkah Bebas Hutang DiBongkar

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.  Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik Timah. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin ahmar… hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:
1) Hutang TV RM3000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000

7. SERANG HUTANG: Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. PRINSIP 10%: Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda  bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. GANDAKAN: Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.  Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. BEBASKAN: Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Ianya tidak mudah tetapi paling kurang anda sudah mempunyai sistem untuk bebas daripada hutang. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Saya sendiri telah gunakan teknik bebas hutang ini dengan jayanya dan sekarang saya mahu anda mencubanya. Dan jangan lupa untuk  menyimpan duit di ASB sebaik sahaja anda bebas dari hutang! Jangan lupa berikan komen di blog ini jika anda mendapat sebarang hasil daripada teknik ini.  See ya!

Demi Kejayaan Anda,
Co-Founder RahsiaIbuDuit.com

PS: Dengan sistem RahsiaIbuDuit.com, anda boleh hapuskan hutang dengan lebih cepat. Oleh itu anda tidak perlu lagi risau bagaimana nak bayar hutang setiap hujung bulan. Bayangkan jika tiada hutang, anda boleh simpan wang di ASB, melancong dan beli apa yang anda mahu. Ikut sistem langkah demi langkah BEBAS HUTANG DAN JADI KAYA DISINI!

Friday 14 October 2011

12 Prinsip Jutawan Akhirnya DiBongkar!

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. 


Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.


Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.


Di sini saya membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:


1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak.
Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.


3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana.
Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.


5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.


6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.


7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.


8. Mereka benci berbelanja.


9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.


10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.


11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.


12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.


Jumpa lagi dengan kunci kekayaan yang lain!